Posts

Showing posts from October, 2017

Cara Berkesan Atasi Masalah Gastrik Kerana Alahan Kepada Makanan Laut

Image
Penyakit gastric adalah penyakit perut yang biasa menyerang apabila seseorang itu mengabaikan jadual makannya, atau mengambil makanan yang menyebabkan alahan. Alahan kepada makanan tertentu pula berbeza di antara individu. Ada yang alah kepada makanan pedas, sayur daripada tumbuhan menjalar, jenis-jenis sayur atau buah-buahan tertentu, dan juga makanan laut. Apabila gastrik menyerang, ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit. Lebih teruk lagi, akibat gastrik, disertai dengan cirit-birit dan muntah-muntah. Bayangkan betapa lemahnya badan bila menghadapi keadaan seperti itu. Pastinya mendapatkan rawatan daripada doktor adalah sangat perlu. Walaubagaimanapun, mengatasi masalah gastrik untuk jangka masa panjang juga perlu dititikberatkan. Mesti anda teringin makan pelbagai jenis makanan tanpa risaukan masalah gastrik anda kan. Mari baca kisah bagaimana seorang pesakit gastrik ini berjaya mengatasi masalah gastrik beliau kerana alahan kepada udang. [MASALAH GASTRIK SE