Vitamin yang Diperlukan untuk Mencantikkan Kulit

Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi. Selamat tahun baru 2017. Apa azam baru korang? Kalau Juwin, antara azamnya adalah nak buat entry blog setiap hari satu entry. Jadi, ni kira entri pembukaan 2017. Doakan Juwin istiqamah ye.

Ada orang azam baru tahun ini adalah kelihatan cantik dan menawan. Memiliki kulit yang lembut, cerah, licin tanpa jerawat dan jeragat akan membuat seseorang nampak cantik. Betul tak? Saya yakin kebanyakan orang akan bersetuju dengan kenyataan saya. Kalau saya sendiri pun, bila tengok muka dalam cermin, nampak jerawat pasir halus-halus tu pun dah rasa tak seronok. Memiliki kulit yang cantik bukan semata-mata nak tunjuk pada orang lain, tetapi untuk kepuasan diri.

Vitamin yang Diperlukan untuk Mencantikkan Kulit

Kali ini saya nak berkongsi tips yang mudah untuk memiliki kulit yang cantik. Kulit yang cantik terhasil daripada sel yang sihat. Untuk memastikan sel sihat, kita perlu memastikan sel mendapat nutrisi yang secukupnya. Nutrisi yang diperlukan tentunya diperolehi daripada apa yang kita makan.

Vitamin atau nutrisi yang diperlukan untuk kulit adalah:

Vitamin A
Seseorang akan mengalami gangguan kulit jika kekurangan vitamin A. Contohnya kukit kering atau bersisik
. Jika anda mengalami masalah seperti ini, sila tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin A. Vitamin A ini menyokong  pemeliharaan dan pembaikan jaringan kulit.

Antara makanan yang kaya vitamin A ialah keju, telur, susu, yogurt atau ikan yang mengandungi minyak. Sayur-sayuran berwarna kuning, merah dan hijau seperti bayam,
Untuk mendapatkan pasokan vitamin ini, Anda bisa mengonsumsi keju, telur, susu, yoghurt, atau ikan yang mengandung minyak. Sayuran berwarna kuning, merah, dan hijau seperti bayam, lobak, keledek merah, dan paprika merah juga merupakan sumber vitamin A yang baik. Mangga, betik, dan aprikot adalah buah-buahan yang kaya akan vitamin ini juga.

Vitamin B

Salah satu tanda seseorang mengalami kekurangan vitamin B adalah adalah kondisi kulit kering atau gatal. Vitamin B, terutama antioksidan yang berasal dari vitamin B-6, dijangka mampu memberikan perlindungan bagi kulit daripada rosak akibat cahaya matahari dan keadaan kulit berkedutketika. Beberapa makanan yang kaya dengan vitamin B yang penting untuk regenerasi sel-sel kulit, antara lain daging ayam, telur, dan produk bijirin yang diperkaya vitamin B.

Vitamin C

Vitamin C penting bagi kulit kerana ia berguna untuk melawan kesan buruk akibat terdedah dengan sinaran matahari. Kandungan antioksidan di dalamnya mampu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, asap, dan pencemaran.

Pengambilan vitamin C juga akan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ramai juga yang gigih menyuntik vitamin C dalam kulit untuk mendapatkan kesan yang segera.

Vitamin E

Kandungan antioksidan di dalam vitamin E membantu mengurangi kesan berbahaya sinar matahari pada kulit. Antioksidan ini juga penting dalam mengurangkan risiko terkena kanser. Selain itu, vitamin ini juga berperanan dalam mengurangi kedutan dan membantu kulit terasa halus dan lembut.

Vitamin ini selalunya akan ada di dalam losyen, krim, atau serum. Untuk mengoptimumkan fungsinya mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari, adalah lebih baik jika vitamin E dikombinasikan dengan vitamin C. Walaubagaimanapun, jangan terlebih dos vitamin E tau.

Sebenarnya ada lagi beberapa vitamin yang diperlukan oleh kulit kita seperti vitamin K, asid amino dan lain-lain. Untuk memastikan kita dapat semua vitamin tu zaman sekarang ni agak sukar. Tapi jangan risau saya ada penyelesaiannya.



Set Asas Kulit Cantik Shaklee


Set asas ini terdiri daripada vitamin Bcomplex, Sustained Released Vitamin C, dan Vitamin E complex. Anda boleh lihat poster di bawah ini untuk mengetahui fungsi vitamin-vitamin tersebut.

Untuk dapatkan set asas kulit cantik ni, boleh la hubungi saya.


Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran