Tips Menjaga Kulit Agar Wajah Agar Tidak Kelihatan Kusam


Assalamualaikum walarahmatullah,

Sekejap saja dah hari jumaat kan. Hari jumaat ni banyakkan bersedekah, berselawat, dan amalan-amalan lain. Entri kali ini, saya nak berkongsi tentang tips menjaga kulit agar wajah tidak kelihatan kusam. 

Kadang-kadang tanpa kita sedari, semakin lama kulit kita semakin kusam. Muka kita memang dah sedia cantik pun, tetapi tidak berseri. Terdapat beebrapa faktor sebenarnya yang memberi kesan kepada kulit wajah yang tidak bermaya. Antaranya adalah stress, kurang minum air kosong, kurang tidur, penggunaan produk kosmetik, corak pemakanan seharian yang mungkin banyak minyak dan juga kurang tidur. Mula la lepas tu kita belek muka di cermin, bandingkan muka dengan orang lain. "Kenapa kulit muka tak flawlwss mcama orang lain ye?".


TIPS MUDAH MENJAGA KULIT WAJAH

Terdapat beberapa tips mudah untuk mendapatkan kulit  yang sihat. Saya akan kongsikan beberapa tips yang saya rujuk daripada artikel-artikel lain. Tapi ingat, banyak mana pun tips yang ada, jika kita banyak alasan seperti sibuklah, penatlah, leceh lah, maka tak ke mana la tips itu. Ok, antara tips yang boleh kita amalkan ialah:
 
1. Pastikan seluruh tubuh anda dieksfoliasi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan skrub dari campuran gula perang dan minyak zaitun dan urut secara membulat pada kulit anda. Ia dapat membantu dalam membuang kulit mati dan kotoran yang terdapat pada pori-pori kulit anda. Gunakan gula perang atau serbuk kopi yang digaul sebati bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kiranya aktiviti skrub muka ni tak kisah la kalau nak guna bahan apa. Kalau ada Alfalfa Shaklee, dicampur dengan vitamin E shaklee, pun boleh jadi skrub yang sangat berkesan.
 
2. Pada setiap pagi dan sebelum tidur, pastikan anda menyapukan krim pelembap pada wajah dan tubuh. Untuk mencegah kedutan, kulit anda memerlukan kelembapan yang secukupnya.
 
3. Perkara paling penting dalam penjagaan muka ialah mencuci muka anda sebelum tidur. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun bilas wajah dengan air suam sebelum tidur. Ia dapat membersihkan minyak, kotoran dan bakteria di pori-pori wajah.
 
4. Minum dua liter air kosong sehari. Air kosong dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan anda sentiasa terhidrat setiap hari. Tips nak kurus pun ini lah dia kan. MINUM AIR KOSONG BANYAK2!
 
5. Stres yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan meditasi untuk melegakan badan dan tekanan atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja. Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas. Kalau yang muslim boleh la duduk bermujahadah, berzikir. Ia juga satu bentuk meditasi yang menenangkan.
 
6. Jangan sesekali tidur dengan muka yang masih penuh dengan solekan kerana ia akan merosakkan kulit anda. Bersihkan mekap dengan betul. Minyak zaitun sangat efektif untuk menanggalkan lebihan mekap.
 
7. Amalkan jus detoks sebulan sekali untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh. Buah dan sayuran hijau seperti lemon, oren, bayam, timun, dan epal antara bahan organik untuk jus detoks. Jika kulit anda sering ditumbuhi jerawat dan kusam, ini bermakna tubuh anda mengandungi banyak toksin.
 
8. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam dan kosongkan fikiran sebelum tidur. Nikmatnya tidur..tapi, pastikan tidur di waktu malam. Tidak sama tidur 8 jam siang dengan tidur 8 jam daripada malam ke subuh ye.



KULIT SIHAT BERSERI DENGAN SET NUTRIWHITE SHAKLEE 






 “Kecantikan Sempurna Diperolehi Daripada Alam Semulajadi, DisempurnakanDengan Sains” Moto di atas amat tepat sekali dengan rangkaian produk NutriWhite ini dimana ia dibangunkan oleh pakar-pakar penjagaan kulit dan saintis dari Jepun dan Amerika dari sumber nutrient semulajadi dan dizahirkan dalam bentuk produk yang bermutu tinggi.
NutriWhite bertindak dengan 5 cara iaitu:

  • Menghalang – Melindungi kulit secara aktif dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan UV.
  • Mengurangkan – Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit gelap dan kusam. Kulit akan kelihtan lebih cerah dan berseri. penggunaan yang berterusan menjadikan kulit anda kekal dengan tona yang sempurna.
  • Menyekat – Pigmentasi disekat dari muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok.
  • Mencerah – Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata. Memperbaharui – Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. 
Mari kita lihat bagaimana setiap produk Nutriwhite berfungsi.


1.  Nutriwhite Action Makeup Remover

Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri. Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dngan lembut tanpa meninggalkan kesan . Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aleo Vera. Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak.

2.  Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit.

3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener

Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang. Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang. Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang. Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. Sangat effectif.

4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence

Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry Strawberry Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit. Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.

5. Nutriwhite Spot Whitening Treatment 

Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata.

6. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran

7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam. Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri.



Jika anda menggunakan set Nutriwhite Shaklee, anda tidak perlu risau dengan bahan kimia seperti paraben, atau pewangi sintetik, dan lain-lain. Ia bahan semulajadi.

Anda mahu kulit yang berseri dengan Nutriwhite Shaklee? Hubungi saya 


Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan