Bahaya Kolestrol Tinggi dan Cara Mudah serta Berkesan Menurunkan Kolestrol

Assalamualaikum semua,

Ada satu soalan yang saya nak tanya, adakah korang telah membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh? Adakah bacaan kolestrol dalam darah anda pada paras normal? Jika normal Alhamdulillah, tetapi jika paras kolestrol anda tinggi, anda perlu berjaga-jaga. Ini adalah kerana apabila bacaan kolestrol anda tinggi, anda terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa.


Kolestrol adalah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Walaubagaimanapun, ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Sumber utama terhasilnya kolestrol dalam darah adalah daripada pemakanan dan pengeluaran daripada hati.

Corak pemakanan seharian kita sangat memberi kesan kepada pertambahan kolestrol kita. Hari-hari kita makan ayam, daging, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolestrol itu pun diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein yang dipanggil "chylomicron". Fungsi hati pula, menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol itu ke dalam peredaran darah. nampak tak bagaimana hati tu bekerja? Dia singkirkan kolestrol lepas tu dia juga yang hasilkan kolestrol. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah, di antara waktu makan pula hati menghasilkan dan merembeskan kolestrol kembali ke darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bahaya Kolestrol Tinggi dalam Badan

Kolestrol sering dikaitkan dengan penyakit kardivaskular seperti stroke dan serangan jantung. Masalah kolestrol tinggi tidak akan disedari jika tiada pemeriksaan. Dia tak bagi signal tau. Sebab itu lah, kita seringkali dapat berita kematian mengejut orang-orang muda akibat serangan jantung.  


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). Saya ambil dari artikel mysumber. Minta halal ye. 

Ini bermakna kolestrol penting juga tapi, yang HDL la. LDL yang merbahaya kalau lebih-lebih sangat. 

Makanan yang Boleh Membantu Menurunkan Kolestrol

Semua orang kalau dia boleh nampak la plak kolestrol kat pembuluh darah, lama dah dia insaf. Silap haribulan nanti, setiap hari makan cara ibu berpantang. Rebus-rebus, bakar je. Tapi, Alhamdulillah Allah tak jadikan badan kita transparent. Jadi, tidak la kita ketakutan. 

Cara terbaik mengawal kolestrol adalah dengan mengawal corak pemakanan seharian. Kehidupan serba sibuk menyebabkan kita ambil jalan mudah dalam memilih makanan. Kita biasa membeli makanan di warung yang kita tak dapat pastikan minyak masak dah berulang berapa kali guna, makanan segera yang tinggi lemak dan kolestrolnya. Maka kita perlu segera mengubahnya. 

Berikut saya kongsikan beberapa sumber makanan yang baik untuk mengawal kolestrol.
1. Kacang Soya


- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol

3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL


Set Kolestrol Shaklee Membantu Mengawal Kolestrol

Apabila anda memang bermasalah kolestrol tinggi, pastikan dapatkan rawatan dan nasihat doktor. Mungkin anda perlukan ubat. 

Supplemen Shaklee bukanlah ubat, kerana ia tidak bertindak segera. Tindakbalas daripada supplemen adalah secara alami dan perlahan-lahan. Bukan makan supplemen hari ini, esok kolestrol dah normal ye.

Apa yang ada dalam set kolestrol Shaklee ialah : 

Omega Guard
EPA dan DHA di dalamnya membantu mengurangkan kolestrol 'jahat'LDL.
Pyhtocol ST



Jika anda konsisten dengan omega guard dan phytocol st ni, InsyaAllah paras kolestrol anda akan menurun. Cuba dulu baru tahu.

Ok la, kalau anda perlukan set kolestrol yang awesome ni, jangan segan-segan hubungi saya.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia





Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan