Rahmat Di Sebalik Musim Hujan

Assalamualaikum semua,

Bulan Disember sinonim dengan musim tengkujuh. Terutama bagi kawasan Pantai Timur Kelantan dan Terengganu.

Musim hujan masa zaman kanak-kanak, apa yang seronok?
Yang pastinya tak boleh nak main dengan kawan2 jiran kat luar rumah. Yang saya ingat, bila musim hujan, selalu main dengan adik2 dan abang. Sorok dalam selimut sebab sejuk. Bila guruh berdentum, cepat2 cari mak...nk berkepit je sebab takut.
Ada gak aktiviti buat sampan kertas. Lepas tu campak kat luar rumah, air hujang mengalir laju bawak sampan tu. Seronok.. ðŸ˜†ðŸ˜‚
Paling best, petang2 mak buat cekodok panas2, ubi goreng ke... sejuk2 kan lapar.
Hujan satu rahmat, boleh jadi juga satu bencana tanda peringatan drpd Allah.

sedikit artikel tentang musim tengkujuh yang saya ambil daripada laman web Malaysiakini

Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan Malaysia. Kebiasaannya, Malaysia akan ditimpa banjir pada musim tengkujuh, iaitu sekitar bulan November hingga Mac.
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa, namun bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis) dan utara Sabah (Beaufort, Tawau, Kudat dan Sandakan), mengalami iklim monsun tropika.
Secara amnya, Malaysia merekodkan suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan menerima purata hujan yang banyak sepanjang tahun.
Semasa musim monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, kawasan yang terdedah adalah seperti kawasan Pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang), kawasan barat Sarawak dan kawasan timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat.
Monsun timur laut atau lebih dikenali dengan musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016.
Oleh sebab itu, para penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah menghadapi banjir.
Pihak berkuasa dan orang awam di Malaysia masih boleh mengambil langkah-langkah keselamatan apabila menghadapi musim tengkujuh bagi mengelakkan berlakunya kes yang tidak diingini.
Pihak berwajib juga perlu memantau di kawasan yang sering mengalami banjir secara terus-menerus. Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) harus bekerjasama dengan pihak media agar maklumat terkini mengenai banjir disampaikan kepada penduduk sekitar supaya mereka lebih peka dan berjaga-jaga.
Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pusat pemindahan banjir yang lebih kondusif bagi mengelakkan mangsa banjir mendapat wabak penyakit. Banjir juga akan menyebabkan kerugian yang besar kepada mangsa banjir.

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan