Coretan Ringkas Ummi untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum, alahai rindunya kat blog sendiri. Tersangat la sibuk dengan urusan keduniaan sampai tak ingat nak update blog sendiri. (ini semua alasan)..huhu.

Sedar tak sedar, dah nak habis bulan januari 2016. Rasa macam baru je kot tukar kalendar 2015. Betapa masa yang berlalu sangat pantas sekarang ni. Anak-anak semakin membesar, umur ummi abah semakin pun makin banyak angkanya. Bersyukur Allah masih bagi pinjam nyawa untuk ummi dan abah menjaga amanah Allah yang terindah Ammar Fakhri, Muhammad Anas Syahmi dan Nur Atikah Nashuha. Rasanya, 24 jam yang ummi ada, memang kebanyakannya hanya berkisar tentang korang bertiga. 

Ammar Fakhri dah masuk darjah dua. Dah selamat berkhatan hujung tahun 2015 dengan jayanya...ummi bangga dengan Ammar (terharu anak dah bujang). Semakin mudah diuruskan, untuk ke sekolah, suruh solat pun akan pasti buat walaupun mungkin lengah2 dan tahap kelajuan solat tu macam ETS, mengaji Al-Quran, buat homework. Bagi ummi, semua itu ada peningkatan berbanding tahun lepas. Ya Allah, menguji kesabaran kalau nak suruh solat, mengaji dan buat homework. Kipidap Ammar, dongibab (bahasa budak skrg, jangan amalkan).

Muhammad Anas Syahmi akan masuk 5 tahun...fasa yang menguji kesabaran ummi dan abah. Anak-anak memang ujian untuk kita. Tapi ummi yakin, itu hanyalah satu fasa untuk Anas yang semakin matang. Sifatnya yang peramah, ceria dan happy go lucky memang akan menyenangkan hati sesiapa saja, tetapi bila dia bertukar angin, ummi dan abah je yang selalu hadap..kikiki..ok aje. Sebenarnya, Anas saje nak suruh ummi dan abah belajar lagi kan, how to be a good parent. How to tackle your attention. Terima kasih wahai anak...

Nur Atikah Nashuha, puteri nan seorang ni pun semakin mudah dijaga. Berusia 2 tahun 5 bulan, masih lagi menyusu badan (camno la nak wean off ni). Masa baby sangat fragile, mudah demam, budak kena batuk dan selesema sampai berbunyi paru2. Alhamdulillah, semakin kuat daya tahan sekarang ni. Tapi sayangnya, gigi rongak 4 batang kat depan..ummi syak kerana kesan pengambilan ubat homeopathy pada waktu baby (gigi kuar sebelum 6 bulan lagi), dan juga faktor ummi sendiri yang tak gosokkan gigi waktu baby. Huhu..ummi minta maaf ye ATikah..tapi skrang ummi akan pastikan sebelum tido mesti gosok gigi. Tanak gigi lain pun rosak juga. Nanti dah tumbuh gigi kekal, jaga elok2 ye.

Encik suami????Tanpa dia, saya takkan mampu jadi ummi yang baik. Berkorban masa dan tenaga untuk membantu pastikan anak-anak terurus, dihantar ke sekolah yang baik. Semoga keluarga kita sentiasa dalam sakinah, mawaddah dan rahmah.

Semoga Tahun 2016 lebih ceria, bahagia dan positif selalu.

Salam Sayang,

Ummi Ammar Anas Atikah

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan