Tips Mencuci Pinggan Mangkuk Agar Kerja Dapur anda Lebih Mudah

Assalamualaikum,
Salam akhir Ramadhan, semoga semua sedanga memecut untuk mengimarahkan bulan penuh rahmat ini.

Mencuci pinggan mangkuk adalah tugas terutama wanita yang sudah menjadi darah daging. Maksudnya kalau sambil pejam mata pun mesti boleh siap basuh pinggan. Kalau tengah malam sedang syok tidur, tetiba terjaga dan teringat sinki penuh dengan pinggan mangkuk pun mata boleh jadi segar.

Sinki yang bersih dan kosong adalah sangat penting bagi kita, ibu-ibu ni. Bukannya apa, sesi menyediakan makanan untuk keluarga bukan sekali dua. Terutama kalau yag surirumah, atau kalau bagi yang bekerja macam saya pun, pada hujung minggu dan tidak ke mana-mana. Perlu fikir untuk masaka sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau sinki kosong memang best kita nak buat kerja-kerja memasak, tapi sebaliknya kalau sinki penuh, mood nak memasak pun ke laut.

Antara tips mencuci pinggan mangkuk ialah:

1. Rendam pinggan mangkuk dengan air, terutama bekas yang ada nasi yang melekat. Ini adalah untuk memudahkan proses mencuci nanti. Jika dibiarkan lama nanti akan kering dan keras, susah nak cuci.


2. Pilih span basuh pinggan yang bagus. Kalau saya biasa gunakan span jenama Scotch Brite. Boleh je nak pilih apa-apa material untuk menyental pinggan mangkuk tu, tapi yang penting ia dapat membantu menjimatkan penggunaan sabun. Saya pilih Scotch Brite sebab bila letak sabun sikit pun buih akan kekal lama, dan masih seronok lagi menyental pinggan mangkuk banyak.

3. Pilih sabun pencuci yang sesuai. Lebih baik guna sabun yang organik dan tiada bahan kimia. Bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci pinggan biasanya akan memberi kesan terutama kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Tak pasal-pasal nak kena pakai sarung tangan masa mencuci pinggan. Pilih lah....

Mari kita tengok video puan salwa yang setia menggunakan Shaklee Get Clean Dish Wash. Menjimatkan katanya.


 
Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo...

Anda nak cuba kehebatan Dish Wash ini? Jangan segan hubungi saya.

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan