Percutian Menyeronokkan Bertaraf 5 Bintang di Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum,

Alkisahnya cerita ni kisah percutian menyeronokkan bertaraf 5 bintang di Cyberview Resort and Spa, saya dan keluarga kecil saya beberapa minggu lepas. Cuti sekolah yang berbaki lagi tiga hari perlu dimanfaatkan bersama-sama. Bak kata kawan sepejabat saya, nak bagi anak berenang-renang di kolam, nak lompat-lompat atas katil (kalau katil rumah kene marah je), nak bagi telefon untuk ditekan-tekan nombornya.

Jadi, ummi dan abah pun survey la hotel-hotel yang sesuai. Segala macam website seperti Agoda, trivago, Expedia, booking dan yang sewaktu dengannya dibuka. Nak buat perbandingan, nak baca customer review. Kala boleh nak bercuti ke tempat yang tak berapa jauh sebab nanti penat masa travel, ada kolam renang. Akhirnya pilihan kami adalah Cyber view Resort and Spa do Cyberjaya. Dari Melaka nak je situ hanya lebih kurang 1 jam stgh sahaja.

Saya booking hotel di booking.com setelah buat perbandingan dengan Agoda. Harga bilik deluxe termasuk tax adalah RM325.50. Mungkin nampak mahal,tapi bila difikirkan tak perlu travel jauh2, dah kurang bajet untuk minyak keta, so OK la tu.

Kami check in hotel pada hari jumaat, kebetulan pengasuh Nashuha minta cuti, jadi ummi pun amik cuti dengan abah sekali minta cuti. Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 11.30, tapi singgah kedai beli makanan2, beli lauk untuk makan tengahari di hotel, maka hampir kul 12 juga baru bergerak je cyberjaya.

Cuaca pada hari tu agak mendung, tapi Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami sampai di cyberjaya lebih kurang kul 1.20, cari masjid dulu sebab abah dan Ammar nak solat Jumaat dulu.  Selesai solat jumaat, Ammar dah tak sabar nak mandi kolam. Haisy Anak ummi ni..Oh ye, sementara abah dan Ammar pegi solat jumaat, ummi tunggu dalam kereta saja sebab Anas dan Nashuha tidur. Di Cyberjaya ni suasana macam di luar negara, hihi. Ramai bangsa asing yang pergi masjid untuk solat Jumaat di sini. Mungkin kerana terdapat Malaysia Multimedia University (MMU) dan kolej-kolej antarbangsa lain di sini.
Ammar selepas solat jumaat di masjid Cyberjaya. 

Kul 2.30 lebih kurang kami pun sampai Cyberview Resort and Spa. Proses check in lancar dan mengambil masa lebih kurang 20minit. Alhamdulillah rezeki kami, walaupun saya booking bilik deluxe 2 single, receptionist upgrade ke deluxe 2 king tanpa ada caj tambahan. Kami juga dapat bilik pool villa, iaitu berdekatan dengan kolam renang. Tak terfikir pula nak request,tapi Allah izinkan dan permudahkan.
Ballroom dan receptionist di Cyberview Resort and Spa

Sesampai kami di bilik, hujan renyai-renyai turun. Alhamdulillah nyaman je rasa. Anak-anak seronok la menjelajah bilik. 2 katil ing yang besar, ada sofa 3 tempat duduk, ada pantry dan peti sejuk 1 pintu yang boleh tahan besar, TV dengan astro, ada balkoni dengan 2 kerusi dan meja kayu untuk duduk-duduk menikmati keindahan alam. Perut masing-masing dah lapar, anak-anak kunyah dulu biskut-biskut yang ummi beli,


Tips penjimatan masa bercuti yang saya buat kali ini, saya beli lauk untuk tengahari dan malam. Saya bawa beras sikit, dan periuk nasi elektrik. Masak nasi kat pantry hotel, saje masak nasi kat hotel nak bagi selera makan nasi panas-panas. Lauk pula beli kat kedai makan di Taman Krubong Perdana yang bagi diskaun 50% hari Jumaat. Jimat duit dan jimat masa. Tak perlu keluar cari makan malam-malam, sebab nak menikmati masa yang panjang di hotel.

Walaupun hujan renyai-renyai, anak-anak dah tak mahu tunggu lagi untuk masuk kolam renang. Lepas selesai solat zohor dan makan, kami bersiap-siap untuk berendam. Lagipun , memang nak main air, akan basah pun, jadi kena hujan tu takde hal la..

Kolam kat sini ada 3 level, bahagian atas kolam untuk kanak-kanak, level kedua sesuai untuk dewasa, saya sendiri masuk paras dada, dan level ketiga paras pinggang saya. Kolam renangnya tak sama macam kolam hotel lain yang kebiasaannya kebiruan dasarnya. Kolam kat sini kalau dilihat seolah-olah air sungai atau air terjun, dengan permukaan dasarnya yang agak kasar seperti berbatu dan berpasir halus.



Anak-anak terutama Ammar dan Anas memang sangat seronok bermandi-manda dalam kolam tu. Tetapi baby ummi Atikah Nashuha tak nak berenggang langsung dari ummi, berdukung je la jawabnya. Berjam-jam la juga berendam dalam kolam tu. 

Pada waktu petangnya pula, kami bersiar-siar di Tasik Cyberjaya. Ammar dan Anas sempat berbasikal di sekitar Tasik Cyberjaya. Ramai juga orang yang berjogging dan berbasikal di situ. Bagus la orang-orang kat Cyberjaya ni, menjaga kesihatan dan kecergasan.

Waktu malamnya selepas makan malam dalam bilik (bekalan tengahari masih ada lagi, tak perlu membazir), kami keluar lagi melihat keindahan malam di cyberjaya. Tak singgah mana-mana pun. Tengok lampu-lampu je la dari dalam kereta. 

Malam itu, semua anak-anak tidur dalam kepenatan tetapi seronok (ummi biasa tidur lena selepas anak-anak tidur).

Hari kedua dan terakhir di CRSpa

Kami menikmati sarapan pagi di Cafe Verandah, dengan 2 voucher. Untuk Ammar kena tambah RM15 ( Ammar makan sikit je..huhu). Selepas sarapan, sambung sesi berendam lagi. Ummi dan Atikah berendam tak lama, asik meragam je, ummi ajak naik bilik la. Sampai bilik, mandi dan tukar baju, bagi BF terus lelap. Oh, ngantuk agaknya anak ummi ni.

Pukul 12.00 kami bersiap-siap untuk check out. Alhamdulillah, selesai sebuah percutian untuk anak-anak sempena cuti sekolah yang dah nak habis. Lain kali, boleh lepak-lepak kat Cyberview Resort and Spa ni.




Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan