Tips Membawa Anak ke Pasaraya Agar Anda Boleh Membeli-belah tanpa Tekanan

Assalamualaikum, salam ceria,



Membeli-belah di pasaraya adalah aktiviti yang kerap kami sekeluarga lakukan bersama-sama. Kadang-kadang tu pergi ke pasaraya bukanlah semata-mata ingin shopping barang-barang, tapi nak bagi anak-anak seronok bersiar-siar daripada dok terperap dalam rumah je. Apa yang bagus berjalan-jalan dalam pasaraya ni sejuk ada aircond, jadi anak-anak rasa selesa. Cuaca di Malaysia sekarang ni boleh tahan panasnya, so nak kurangkan terdedah kat panas terik camtu la. Anakanda saya kalau berpanas lama sangat, mudah demam especially Ammar. Tapi, dalam pasaraya kalau ramai sangat orang pun anak mudah dapat penyakit sebab terdedah dengan virus. Kita mana tau kan, orang yg datang pasaraya tu ada penyakit, atau bawa virus. Jadi, tetap kene awasi part yang tu.

Membeli-belah bersama anak-anak adakala menjadi aktiviti yang sangat memenatkan dan boleh jadi stress. Ini kerana sikap anak yang tidak terkawal seperti terlalu aktif meneroka pasaraya sehingga ibu nak membeli pun tek boleh, asyik nak kene perhatikan anak takut hilang. Selain itu, anak mula merengek kerana kebosanan menunggu ibu memilih barang, atau meronta-ronta meminta mainan atau makanan yang tidak bersesuaian atau tiada dalam bajet ibubapa.

Jadi, saya nak kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda agar anda boleh membeli belah dengan senang hati.

1. Hadkan masa membeli-belah
    Sebagai ibubapa rasanya kita boleh agak dan faham, berapa jam anak-anak kita boleh bertahan di pasaraya dengan sikap yang manis-manis saja. Kalau contohnya 2 jam saja, jadi ibubapa perlu merancang dengan baik, agar dalam masa dua jam anda dapat menyelesaikan urusan membeli belah anda. Jika lebih dari itu, maka anda harus bersedia.

2. Nasihat Pra-Lawatan
 Apa pula nasihat pra-lawatan ni? Sebelum keluar dari rumah, atau sepanjang perjalanan ke pasaraya bagi nasihat dan dorongan kepada anak-anak. Contohnya, "Hari ini, ummi nak beli barang-barang dapur, susu, pampers. Ummi takkan beli apa-apa mainan hari ini, ok". Boleh juga berpesan agar sentiasa bersikap baik, jangan menangis-nangis dan apa jua wasiat yang ibubapa nak sampaikan. 

3. Persediaan Rapi
Pastikan tisu basah,diapers atau lampin anak, snek, minuman, tablet, dan apa jua kemungkinan yang diperlukan dibawa bersama. Tablet atau gajet adalah jika sangat terpaksa, barulah saya bagi.

4. Baby stroller atau baby carrier
 Jika anda ada bayi berumur kurang 2 tahun, sediakan stroller atau baby carrier yang sesuai. Pada pendapat saya baby-wearing adalah sangat membantu, jika dibandingkan dengan stroller yang adakala anak tidak mahu duduk lama di dalam stroller.

5. Snek Kegemaran Anak
Anak-anak saya suka makan buah pisang, jadi adakalanya saya beli pisang dah timbang tapi belum bayar anak-anak dah merengek nak makan. Jadi saya bagi je la, minta halal kat pasaraya tu makan dulu. Memang akan bayar juga nanti kan. 

6. Bagi pujian kepada Anak
Jika anak-anak bersikap baik, berilah pujian. "Baguslah anak ummi hari ni. Kalau macam ni hari-hari pergi shopping pun takpe." Window shopping je la kalau hari-hari..hehe

Saya harap tips ini membantu ibubapa agar dapat membeli belah di pasaraya tanpa tekanan.

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan