Posts

Showing posts from May, 2015

Resepi Kek Coklat yang Mudah dan Sedap

Image
Salam semua, hari ni terasa nak share resipi Kek Coklat yang memang yummy!

Sebenarnya, diriku bukanlah seorang yang suka mem"baking" or mem"biskut". Tapi, oleh kerana diri sendiri dan suami juga of course anak-anak suka sangat makan kek coklat, gigihlah ummi belajar buat kek coklat. Namanya pun belajar, mesti la ada sesi-sesi kek tak jadi. hehe. Walaubagaimanapu, ummi tak berputus asa. Macam-macam resepi ummi cari dan cuba, dan akhirnya ummi pergi kelas buat kek. Satu hari je pun kursusnya.

Maka, dengan ini diriku berbesar hati nak kongsikan resepi Choc Moist Cake yang awesome daripada cikgu kelas buat kek iaitu Kak Ju. Dengan resepi ni juga saya dapat buat kek birthday anak-anak sendiri, dan juga untuk suami. Jimat kos beli kek, dan juga lebih terjamin sebab tangan ummi yang buat, dan mesti sedap kerana ditambah dengan kasih sayang, hihi.


Resepi Choc Moist Cake

Bahan A( pukul sebati)
Telur 2biji
Gula kastor 400gm

Bahan B (kacau sebati)
Susu cair/ segar 200gm
Minyak m…

Kenapa ku Rasa Masa Pantas Berlalu?

Image
Asssalamualaikum, huh, lama nau tak update entry. Camno la blog nak glemer ni,

Sedar tak sedar 2015 ni dah masuk bulan Mei, dah hampir setengah tahun. Kenapa terasa masa terlalu cepat sangat berlalu. Bermula pagi dengan kelam kabut rutin kesibukan ibu nak siapkan anak-anak ke sekolah, pergi kerja, kemudian rutin mengambil anak-anak di tadika, sekolah, dan rumah pengasuh, (3 tempat tu nak singgah). Hidup memang terasa sangat sibuk. Ye la, masa ambil anak di 3 tempat berasingan, bukannya boleh sampai je sekolah berenti jap, terus jalan balik, nak kene turun jemput, sembang sikit dengan cikgu baru bleh nak gerak kan. Masa banyak juga habis di dalam perjalanan.

Walaupun, adakala saya memikirkan "orang lain takde pun susah-susah buang masa dalam kereta lama-lama macam aku", Allah akan datangkan orang lain yang hidupnya lebih mencabar dari saya, seperti pasangan weekend husband and wife, yang mana semua urusan anak-anak perlu diuruskan seorang diri. Betapa penatnya beliau kan. At …