Posts

Showing posts from February, 2015

Sakitnya kene Senggugut Sampai Rasa Nak Pengsan

Image
Assalamualaikum dan haaaaiiiiiii semua, Sape yang pernah kene senggugut? Sila jawab dalam hati. Orang yang pernah kena senggugut saje boleh cerita macam mana rasanya. Tak boleh nak bagitau la, sakit kat mana sebenarnya, spesifik sakit tu kat mana nath. Ada rasa sakit pinggang, ada rasa sakit kat ari-ari, sakit perut memulas macam nak baung air besar, seram sejuk. Pendek kata memang menyeksakan. Saya sendiri memang hampir setiap bulan atau setiap kali nak datang haid, senggugut tu akan mengiringi sekali. Hadoi, guling-guling la nak tahan sakit. Masa zaman sekolah dulu, saya ambil panadol menstrual yang khas untuk masa period. ada lagi tak ye sekarang? Masa zaman kat Universiti pulak, upgrade sikit ubat tu, saya amik ponstan. Pernah tu saya pergi pusat kesihatan pelajar UM, selamba je saya minta kat pembantu kesihatan, "bang, saya nak ponstan. Nak buat stok sekali la." Terkejut muka abang dressar tu. Hehe. Tapi, saya biasa makan ponstan tu kalau ada kuliah je la, kalau t

Jangan Sampai Penyakit Gastrik anda Bertukar Menjadi Semakin Parah sehingga Mampu Meragut Nyawa

Image
Salam ceria semua, harapnya semua sihat dan behagia selalu di samping keluarga tersayang. Anda pernah rasa pedih ulu hati, atau sebu apabila terlewat makan atau tersalah makan? Kalau saya memang selalu sangat, tak boleh skip jadual makan atau tukar secara drastik, memang malamnya perut akan rasa pedih je. Adakala sampai pening kepala. Orang kata dah masuk angin. Bagaimana cara merawat penyakit gastrik? Ada macam-macam petua juga yang ada untuk kurangkan rasa pedih ulu hati, antaranya minum air kosong panas, teh halia dan lain-lain. Jemput baca artikel yang saya "copy" daripada sebuah Facebook Pusat Rawatan Islam Nur Salam. Punca Penyakit Gastrik Sebelum nak tau cara penyakit gastrik, kene tahu punca penyakit. Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.

Amalkan Set Bersalin Terbaik, Nanti Anda tak Serik nak Bersalin Lagi.

Image
Assalamualaikum dan salam ceria selalu,  Tajuk tak menahan, hehe.  Seronok tak dapat anak? Mesti la seronok dan feeling berbahagia sangat kan. Terutama bagi pasangan yang telah bertahun-tahun berkahwin. Kehadiran cahaya mata sangat dinanti-nantikan sebagai penyeri rumahtangga. Sebagai wanita sendiri, saya akan rasa seronok sangat bila dapat berita kelahiran anak kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara mara. Fitrah yang Allah beri kepada semua wanita. Hebatnya wanita membawa beban berkilo-kilo dari kebiasaannya semasa mengandung, mengalami kontraksi semasa ingin melahirkan dan seterusnya melahirkan sama ada secara normal atau pembedahan. Kesakitan yang dirasai akan seolah-olah hilang bila menatap wajah anak atau bayi yang comel tu.  Tapi, tahukah anda wahai para ibu-ibu yang dikasihi, apakah yang berlaku kepada sistem tubuh badan kita sebenarnya selepas melahirkan? Bayangkan rahim yang kecil telah membesar semasa kita mengandung, kemudian mengecil semula setelah melahirkan, pastinya

Jalan-jalan ke Negeri Bawah Bayu yang Sungguh Syok!

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia selalu, entry kali nak share cerita yang dah basi. Hehe. Mana taknya, kisah percutian ke Labuan dan Kota Kinabalu bulan lepas. Basi tak? Saya ni bukanlah kaki melancong sangat, kaki merayap je masa bujang dulu. Tapi, bukan kutu rayau ye... Merayap cara solehah, pergi tempat orang untuk program, pergi rumah family kawan-kawan untuk bersilaturrahim. Tu masa bujang, nak melancong shopping mana la ada duit. Ok la, tu cerita lama tak perlu dikisahkan lagi. Sesi melancong kali ini telah dirancang awal lagi iaitu pada Disember 2013 lagi. Beli tiket murah Air Asia RM0, cuma bayar tax sahaja jadi RM26 ke RM29, dah lupa plak saya ni. Rombongan beramai-ramai keluarga saya anak beranak, keluarga kakak ipar @ kakak Encik Suami, mak dan abah mertua, dan adik ipar lelaki. Jumlah ahli rombongan cik Kiah kita ni dalam 7 orang dewasa, 3 remaja 12thn ke 17thn dan 4 kanak-kanak. Oh, masa ni Nashuha dikira baby lagi, so tiket dia yang paling mahal. RM50  tu. Labuan

10 Cara Sihat untuk Relaks dan Hilangkan Stress Agar Tiada Jadi Mangsa Kemarahan

Image
Assalamualaikum, salam ceria. Entry kali ni nak share tentang cara kita nak atasi dan hilangkan stress atau stress management. Stress ni boleh membawa kepada banyak lagi perkara-perkara negatif lain termasuklah mendatangkan penyakit. Malahan ia boleh mengaktifkan sel kanser dalam badan kita. Jadi atasi stress kita dengan cara yang sihat. 1. Baca Buku 6 Minit: Membaca buku dapat menghilangkan stress tau. pilihlah bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca seperti majalah, novel, atau cerpen yang ringan. Jangan pula anda baca jurnal ilmiah. Bertambah kusut pula nanti fikiran anda. Ingat, jangan ambil masa terlalu lama kerana anda membaca untuk sekadar menghilangkan tekanan. 2. Makan buah avocado : kalau bagi saya sendiri, buah avocado ni buah yang ekslusif, sebab sy beli masa nak ajar anak solid food je. hehe.. tapi khasiat avocado ni banyak tau. Ia dapat mengurangakn paras tekanan darah anda dan anda akan rasa lebih tenang. Avocado mengandungi potassium dan lemak tak tepu. 3. K