5 Sebab Ostematrix Produk Pilihan Utama Saya

Salam sejahtera semua, harapnya semua orang sihat-sihat saja dan happy selalu. Kali ni saya nak berkongsi tentang satu produk Shaklee yang paling saya suka dan akan rasa resah gelisah jika stok produk ni habis di rumah.
ostematrix

Taraaa, ni dia produk kegemaran saya iaitu Ostematrix. Kalau nak tau, ostematrix ni adalah produk pertama shaklee yang saya consume sebelum saya jadi ahli Shaklee lagi. Sekitar awal tahun 2013,semasa saya mengandungkan anak yang ketiga Nur Atikah Nashuha. Tujuan saya ambil Ostematrix tu untuk menampung keperluan Kalsium saya terutama bila masa mengandung kan berkongsi dengan anak. Saya tak rela gigi-gigi saya luruh lepas melahirkan anak.

Walaupun tujuan asal saya mengambil ostematrix tu untuk bekalan kalsium semasa mengandung, saya tak sangka ada kesan-kesan positif lain yang dapat saya rasai. Antaranya ialah tiada masalah sembelit lagi. Faham-faham je la, bila pregnant ni memang bermasalah sikit untuk membuang, tapi dengan konsisten Ostematrix 2 biji je pun sebelum tido selesai masalah. Ambik 2 biji je sebab nak jimat..tapi ok juga la kesannya.

Selain daripada itu, saya sebenarnya ada masalah Prolapsed Intervetebral Disc (PID) atau bahasa yang selalu digunakan adalah slipped disc. Kisah detail nanti saya cerita di entry lain. Saya memang tak berapa nak berupaya berjalan jauh sebelum ni, kaki kerap sakit kesan dari masalah tulang belakang ni. Tapi Alhamdullillah, keadaan sy bertambah baik dengan pengambilan konsisten ostematrix. Rasa sakit-sakit pinggang pun dah kurang dan hampir tiada, kecuali bila saya buat kerja berat.

5 Sebab Ostemarix Pilihan Utama Saya

1. Atasi masalah sembelit
2. Atasi rasa sakit kaki, kesan dari masalah slipped disc
3. Membantu penyusuan anak
4.Mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium
5.Menguatkan gigi dan tulang.

Ostematrix ni masih lagi saya teruskan pengambilannya kerana saya masih menyusukan anak comel saya Nur Atikah Nashuha yang berusia 1 tahun 5 bulan, Alhamdulillah. Ibu menyusu memerlukan lebih banyak kalsium tau.


Sehingga sekarang saya masih amalkan pengambilan ostematrix sebelum tido.


Sedikit info tentang ostematrix :

--> Kalsium = setiap caplets mengandungi 250Mg Kalsium, kita digalakkan untuk mengambil 1000Mg kalsium setiap hari dengan cara yang baik.

--> Vitamin D = Kalsium memerlukan gabungan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa Vitamin D, badan tidak mendapat cukup hormon calcitriol iaitu sebagai Vitamin D aktif. Bila hormon tidak mencukupi badan akan mula mengmbil kalsium dari tulang/ rangka yang sedia ada dan ini akan melemahkan tulang kita.

Anda pun boleh dapat manfaatnya sekarang. Hubungi saya jika ingin dapatkannya.

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA



Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan