Kulit Cantik, Licin dan Gebu Mengalahkan Puteri Kayangan turun dari Langit.

     
 Kulit yang cantik, licin dan gebu, umpama puteri kayangan dari langit, siapa yang tak nak? Cuba bagitau saya? Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti tak mau muka mereka dihinggapi jerawat batu ke, jerawat pasir ke, jeragat ke. Ia adalah bendasing yang tidak patut berada di muka kita. Betul tak?


           Allah jadikan azalinya kulit kita ni cantik, licin dan gebu je macam kulit bayi tu. Tapi oleh kerana faktor-faktor pemakanan, hormon, persekitaran dan lain-lain, maka kulit kita yang gebu licin pada asalnya pun mula bertindak balas dengan faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.

          Bagaimana jerawat boleh muncul ye? Jerawat ni terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Faktor-faktor untuk setiap orang juga berbeza, ada yang disebabkan hormon (yang ni biasanya remaja), pemakanan (suka makan makanan berminyak), stress dan lain-lain.
Set Kecantikan Shaklee
Ewww....jerawat!!

           Jeragat pula biasanya sangat suka menyinggah di atas muka orang yang berkulit cerah. Ia adalah seperti tompokan hitam yang biasanya ada di pipi. Jeragat ni muncul sebab terdedah kepada cahaya terik matahari, penggunaan hormon seperti pil perancang, dan juga pengunaan kosmetik yang tidak sesuai.
Set Kecantikan Shaklee

          Walau apa sebab sekalipun jerawat atau jeragat itu muncul di muka anda, percayalah, kita berhak mendapatkan kulit yang cantik, licin dan gebu tau. Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika kulit muka anda berjerawat dan berjeragat? Apakah langkah yang perlu dilakukan?
             Saya nak kongsikan petua tradisional cara hilangkan jeragat.

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.


Rajinkah anda semua nak buat tu semua?? Huhu, kalau saya sejujurnya memang tak sempat.. sempat mandi pun dah Alhamdulillah. Anak dah stand by tunggu depan pintu toilet. Saya perlukan cara lain yang lebih pantas tetapi berkesan. Apakah caranya? 

Lihat video seorang wanita yang mengalami masalah kulit muka yang kronik akhirnya berjaya mengatasi masalah itu.



Set Kecantikan Shaklee


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
set Kecantikan Shaklee

Apa mereka kata tentang set kecantikan Shaklee


Set kecantikan shaklee




Bagaimana untuk mendapatkn set ini dengan penjimatan berganda? Boleh hubungi saya melalui 

SMS/Whatssapp/ Call

013-2922464

Facebook:


COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah

Penghantaran : seluruh Malaysia





Comments

  1. Saya ada tips tambahan untuk kulit cerah dan licin.
    Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan