10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Cuba anda belek muka di cermin, ada tak lubang-lubang halus pada kulit muka yang kelihatan seperti kulit limau? Kehadiran liang kulit terbuka atau pori-pori ini menyebabkan kulit muka kelihatan kusam dan tua. Mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya terdedah kepada masalah ini. Liang kulit terbuka yang terdedah ini juga boleh membawa kepada komplikasi lain seperti bintik hitam dan jerawat. Faktor-faktor seperti tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat juga menyumbang kepada pembukaan pori-pori.

Set Kecantikan Shaklee

Sebenarnya memang ada banyak produk kosmetik mahupun kesihatan yang dapat membantu mengatasi masalah liang kulit terbuka ini. Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin kongsikan 10 cara mudah, murah dan berkesan untuk atasi masalah kulit liang terbuka. Tips ini sesuai jika anda rajin, tiada anak kecil yang sentiasa di sisi  dan mengekori anda seperti saya.

set kecantikan shaklee


1. Telur Putih : Putih telur digunakan untuk mengecutkan liang kulit yang terbuka. Topeng putih telur akan membantu menyingkirkan minyak-minyak yang tidak diperlukan pada kulit. Ambil sebiji putih telur, campurkan dengan oat dan 2 sudu teh jus lemon. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit (sementara tu boleh la nak basuh pinggan ke, sidai baju ke, tapi jangan nak bercakap sangat sebab tegang muka tu). Kemudian bilas dengan air sejuk.Cuba la dua kali seminggu, ia sangat sesuai juga untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat elakkan jerawat.

Set Kecantikan Shaklee
2. Jus Timun : Campurkan jus timun yang diblender dengan tepung jagung untuk jadikan ia likat. Sapu pada muka dan biarakan 15 minit. Topeng timun ni bukan saja dapat merawat linag kulit, malahan mencantikkan lagi tekstur kulit.

3. Losyen Tomato: Sapukan jus tomato pada muka dan biarkan ia duduk di muka anda selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam. Tomato mengandungi tahap asid yang tinggi dan kalium, yang membantu untuk mengurangkan parut pada muka.
Set kecantikan Shaklee

4. Kiub Ais: Menggosok sekeping ais atau ketulan ais yang dibalut dengan kain pada kulit adalah salah satu cara terbaik dan berkesan untuk mengecilkan liang roma. Ia juga membantu untuk mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit.
Set Kecantikan Shaklee

5. Soda Penaik: soda penaik mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang membantu dalam mengurangkan komplikasi seperti jerawat. Campurkan bahagian yang sama soda dan air panas (2 sudu besar setiap satu), kemudian tenyeh ke muka dan urut perlahan-lahan selama kira-kira 30 saat menggunakan gerakan membulat. Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk. Ia membantu membuang sel-sel mati kulit, kotoran, dan kekotoran lain. Soda penaik mengawal kandungan asid kulit dan mengekalkan keseimbangan pH.
Set kecantikan shaklee

6. Scrub Madu & Gula: Ambil 1 sudu besar madu, 1 sudu besar gula perang dan campurkan dengan sedikit jus lemon. Basuh muka dengan air biasa, kemudian gosok dan urut perlahan-lahan pada kawasan yang terjejas selama lebih kurang 3-5 minit. Bilas dengan air suam. Anda juga boleh menggunakan teh hijau dengan gula untuk sebagai scrub.
set kecantikan shaklee

7. Betik: Betik sedap dimakan, bahkan ia juga berkhasiat. Lenyek betik yang sedap tu kemudian sapu pada muka. Biarkan sehingga 20 minit sebelum membilasnya dengan air sejuk. Ia membersihkan kulit muka secara mendalam.

8. Jus Lidah Buaya aka Aloe Vera: Pelembab muka dengan jus aloe vera membantu untuk mengecilkan liang-liang besar. Jus membersihkan dan menyuburkan kulit dan membuang minyak dan kotoran dari liang-liang tersumbat.
set kecantikan shaklee

9. Wap (steaming) : Cara yang paling mudah untuk atasi liang-liang tersumbat pada kulit adalah cara pengewapan atau steaming. Ia membantu liang untuk membuka perlahan-lahan. Liang terbuka memudahkan penyingkiran cepat bakteria dan kekotoran.
set kecantikan shaklee

10. Jus Lemon : Jus lemon juga mengandungi ciri-ciri astringen (sejenis zat untuk mengecutkan kulit). Oleh itu ia membantu menegangkan kulit dan menghilangkan ketersumbatan liang. Ia telah dianggap sebagai salah satu ubat yang paling berkesan untuk bintik hitam. Kandungan asid sitrik yang membantu melonggarkan ikatan kimia yang kotor dengan kulit dan membantu memecahkan ia perlahan-lahan, dengan itu membantu membersihkan liang kulit.

Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda rasa mudah dan selesa, yang penting rajin dan istiqamah. Bukannya buat sekali je tapi mengharapkan kesan yang segera.

Jika anda tidak mempunyai cukup masa untuk buat mana-mana tips yang saya kongsikan, boleh la cuba set kecantikan shaklee.




Comments

  1. Dulu memang selalu buat dengan putih telur tu. banyak betul yang keluar hitam-hitam tu. Tapi lebih bagus kecikkan roma supaya susah nak jadi lagi masa akan datang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran