Posts

Showing posts from November, 2014

Kaedah Bersunat atau Berkhatan yang Paling Mudah dan Selamat agar Anak Anda tidak Meraung Sepanjang Hari

Image
Salam ceria semua, sekarang ni dah mula cuti persekolahan. Ibu-ibu dapat rehat sikit dari rutin gosok baju sekolah anak, kelam kabut pagi-pagi nak kejut anak, sediakan breakfast dan pelbagai drama pagi yang sungguh kalut itu pun reda buat seketika. Mesti ramai juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah agar masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah. Takde la dok hadap gadjet memanjang kan. Begitu juga aktiviti bersunat atau berkhatan untuk anak teruna masing-masing. Ada yang anjurkan bersunat secara berjemaah... seronok tu! Siap siram dengan air pili bomba...hehe.... tu kat bandar la. Nak berkubang kat sungai takde..:-). Ada juga yang bersunat secara persendirian, bawak anak gi klinik yang terpilih untuk disunatkan. Bersunat sendirian ni lebih menjimatkan masa la, sebab tak perlu tunggu turn ramai-ramai. Jadi, ibu-ibu bapa bapa dah survey ke kaedah bersunat atau berkhatan yang paling mudah dan selamat? Sebenarnya ummi ni pun tengah survey untuk men

4 Sebab Berat Badan Anda Tidak Turun-turun

Image
Berat badan yang ideal...semua orang mahu. Betul tak? Adakah anda salah seorang yang telah berusaha pelbagai cara, pelbagai petua, berhabisan wang ringgit untuk mengembalikan berat badan ideal anda tetapi berat badan anda tetap tidak turun-turun? Jadi anda mungkin perlu teliti sebab-sebab yang menyebabkan berat badan anda tidak turun-turun itu kenapa. Bila dah tau sebabnya, barulah boleh cara kaedah yang sesuai untuk atasinya...betul tak? Alamak ada quitick kat kuku lak. Kaki sapa la ni... (sumber google) Makanya, ku ingin kongsikan dalam entry ku ini antara 4 sebab berat badan tidak turun setelah pelbagai usaha diet dilakukan. 1. Berlakunya Operasi Defisit Tenaga dalam Badan. Apabila terdapat defisit tenaga kronik (lebih sedikit kalori datang daripada pergi keluar), dari masa ke masa badan mula memikirkan bahawa makanan sukar didapati. Ini menyebabkan badan berpegang kepada lemak sebagai satu cara untuk melindungi dirinya. Untuk membuat analogi, fikirkan badan anda sepert