Posts

Showing posts from 2014

Benarkah Vitamin E Memberi Impak kepada Kecantikan Kulit Muka anda?

Image
Saya masih ingat lagi masa saya belajar di kampus, saya dah mula menggunakan minyak vitamin E untuk hilangkan parut jerawat di muka. Parut jerawat kat muka takde la banyak sangat tapi very the obvious la kat muka tu. Tanpa saya sedari, saya tau yang vitamin E memang selalu dikaitkan dengan kecantikan kulit. Saya yakin juga apabila saya yang tidak begitu teliti tentang kecantikan kulit ni pun boleh tau akan khasiat vitamin E apatah lagi ramai wanita kat luar sana yang lebih mementingkan kecantikan kulit. bukan muka saya Walaubagaimanapun, tetapi tidak ramai orang yang boleh memberitahu anda apakah sebenarnya yang dilakukan oleh nutrien ini.Sebenarnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan memperbaiki kulit anda. Apakah antioksidan sebenarnya? Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. Secara kimia yang mudah dapat menjelaskan ba

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Image
Cuba anda belek muka di cermin, ada tak lubang-lubang halus pada kulit muka yang kelihatan seperti kulit limau? Kehadiran liang kulit terbuka atau pori-pori ini menyebabkan kulit muka kelihatan kusam dan tua. Mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya terdedah kepada masalah ini. Liang kulit terbuka yang terdedah ini juga boleh membawa kepada komplikasi lain seperti bintik hitam dan jerawat. Faktor-faktor seperti tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat juga menyumbang kepada pembukaan pori-pori. Sebenarnya memang ada banyak produk kosmetik mahupun kesihatan yang dapat membantu mengatasi masalah liang kulit terbuka ini. Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin kongsikan 10 cara mudah, murah dan berkesan untuk atasi masalah kulit liang terbuka. Tips ini sesuai jika anda rajin, tiada anak kecil yang sentiasa di sisi  dan mengekori anda seperti saya. 1. Telur Putih : Putih telur digunakan untuk mengecutkan liang kulit yang terbuka. Topeng putih telur akan membant

Atasi Masalah Penyusuan Susu Ibu sebelum Anda Berfikir untuk Berikan Susu Formula kepada Bayi Anda

Image
Salam sejahtera buat semua, kali ini saya nak berkongsi cerita tentang penyusuan susu ibu,bagaimana seorang ibu yang kental dan kuat semangat untuk atasi kekurangan penghasilan susu ibu yang semakin merudum. Pemberian susu badan oleh ibu bekerjaya kini dilihat semakin menjadi pilihan dan ia adalah sesuatu yang sangat positif. Tetapi melakukannya bukanlah semudah ABC, 123. Di dalam penyusuan susu ibu, untuk memastikan bekalan susu ibu Express Breast Milk (EBM) mencukupi memerlukan daya juang yang tinggi, pengorbanan, dan doa yang bersungguh-sungguh. Khasiat susu ibu memang tiada tandingannya, biarpun pelbagai pengeluar susu berjenama cuba memformulasikan susu dengan pelbagai bahan ia tetap takkan dapat menyamai langsung kelebihan susu ibu itu sendiri. Pastinya ibu-ibu di luar sana inginkan yang terbaik untuk anak yang mereka kandungkan dan lahirkan dengan langkah pertama ialah memberikan susu ibu sebagai makanan pertama mereka. Walaubagaimanapun, dek kerana pelbagai kekangan ata

Dek Tersalah Pilih Produk Kecantikan Kulit, 7 Tahun Terpaksa Menanggung Malu

Salam semua, kali ni nak kongsi tentang kesan sekiranya tersalah memilih produk kecantikan kulit. Maunya 40 hari 40 malam tak berhenti meraung bila tersalah pilih produk kecantikan kulit ni. Ye la, dah la muka dah tumbuh jerawat, cari produk untuk atasi jerawat, tapi apa yang berlaku adalah keadaan semakin parah. Almaklum, kecantikan kulit dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Jerawat sebiji pun adakalanya menjadikan kita resah gelisah, apatah lagi bila jerawat penuh di muka kan. Maka, memilih produk kecantikan kulit yang sesuai adalah satu misi yang perlu diselesaikan. Mari kita saksikan video ini... Jangan tunggu muka penuh jerawat baru nak cuba produk shaklee yang best ni tau. Saudari Farizan ini mengambil Vitamin C, Vitamin E dan juga Shaklee Collagen Powder. Berbaloi sungguh kalau anda bertindak sekarang.. Ya, sekarang! Kerana Bulan Disember ini Bulan Cantik... Ketiga-tiga produk Sustained Released Vit-C, Vit E Complex dan Shaklee Collagen Powder ni tengah promosi.

Kulit Cantik, Licin dan Gebu Mengalahkan Puteri Kayangan turun dari Langit.

Image
       Kulit yang cantik, licin dan gebu, umpama puteri kayangan dari langit, siapa yang tak nak? Cuba bagitau saya? Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti tak mau muka mereka dihinggapi jerawat batu ke, jerawat pasir ke, jeragat ke. Ia adalah bendasing yang tidak patut berada di muka kita. Betul tak?            Allah jadikan azalinya kulit kita ni cantik, licin dan gebu je macam kulit bayi tu. Tapi oleh kerana faktor-faktor pemakanan, hormon, persekitaran dan lain-lain, maka kulit kita yang gebu licin pada asalnya pun mula bertindak balas dengan faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.           Bagaimana jerawat boleh muncul ye? Jerawat ni terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Faktor-faktor untuk setiap orang juga berbeza, ada yang disebabkan hormon (yang ni biasanya remaja), pemakanan (suka makan makanan b

Kaedah Bersunat atau Berkhatan yang Paling Mudah dan Selamat agar Anak Anda tidak Meraung Sepanjang Hari

Image
Salam ceria semua, sekarang ni dah mula cuti persekolahan. Ibu-ibu dapat rehat sikit dari rutin gosok baju sekolah anak, kelam kabut pagi-pagi nak kejut anak, sediakan breakfast dan pelbagai drama pagi yang sungguh kalut itu pun reda buat seketika. Mesti ramai juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah agar masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah. Takde la dok hadap gadjet memanjang kan. Begitu juga aktiviti bersunat atau berkhatan untuk anak teruna masing-masing. Ada yang anjurkan bersunat secara berjemaah... seronok tu! Siap siram dengan air pili bomba...hehe.... tu kat bandar la. Nak berkubang kat sungai takde..:-). Ada juga yang bersunat secara persendirian, bawak anak gi klinik yang terpilih untuk disunatkan. Bersunat sendirian ni lebih menjimatkan masa la, sebab tak perlu tunggu turn ramai-ramai. Jadi, ibu-ibu bapa bapa dah survey ke kaedah bersunat atau berkhatan yang paling mudah dan selamat? Sebenarnya ummi ni pun tengah survey untuk men

4 Sebab Berat Badan Anda Tidak Turun-turun

Image
Berat badan yang ideal...semua orang mahu. Betul tak? Adakah anda salah seorang yang telah berusaha pelbagai cara, pelbagai petua, berhabisan wang ringgit untuk mengembalikan berat badan ideal anda tetapi berat badan anda tetap tidak turun-turun? Jadi anda mungkin perlu teliti sebab-sebab yang menyebabkan berat badan anda tidak turun-turun itu kenapa. Bila dah tau sebabnya, barulah boleh cara kaedah yang sesuai untuk atasinya...betul tak? Alamak ada quitick kat kuku lak. Kaki sapa la ni... (sumber google) Makanya, ku ingin kongsikan dalam entry ku ini antara 4 sebab berat badan tidak turun setelah pelbagai usaha diet dilakukan. 1. Berlakunya Operasi Defisit Tenaga dalam Badan. Apabila terdapat defisit tenaga kronik (lebih sedikit kalori datang daripada pergi keluar), dari masa ke masa badan mula memikirkan bahawa makanan sukar didapati. Ini menyebabkan badan berpegang kepada lemak sebagai satu cara untuk melindungi dirinya. Untuk membuat analogi, fikirkan badan anda sepert