Posts

Showing posts from November, 2013

Merawat Bayi Batuk dan Selesema

Salam ceria semua... fuh..ummi ni baru bleh nak ceria. Bayiku Nashuha diserang virus. Pakej lengkap dia dapat batuk, selesema dan demam. berjangkit dari umminya yang telah menerima jangkitan dari abang-abangnya. Kesian ummi tengok bayi sekecil itu terbatuk-batuk, dan yang paling merisaukan adalah demamnya. Yelah demam boleh membawa kepada sawan dan kalau tidak bernasib baik boleh memberi kesan kepada perkembangannya. Bagaimana yang dikatakan demam itu?? Demam adalah kenaikan suhu tubuh di atas normal. Berikut adalah tanda-tanda anak kita demam:- Suhu badan yg diambil di telinga lebih daripada 38 darjah celcius Suhu badan di dalam mulut lebih daripada 37.5 darjah celcius Suhu badan di ketiak lebih daripada 37.2 darjah celcius Tapi naluri keibuan kita akan tahu dengan memegang anggota tubuhnya, kita dapat merasakan yang anak kita demam. Tapi kalau boleh pastikan anda ada penyukat suhu atau termometer di rumah untuk sekurang-kurangnya menenangkan hati kita atau memberi kita si